Halaman


Sabtu, 19 Jun 2010

Terpilih jadi Pengawas...

Wah...Cuti sekolah pun berakhir dengan nyawaku masih di sisi...Alhamdulillah...Pada semestar 2 ini,aku berbeza sedikit berbanding dengan semestar 1 dulu...Sebabnya...Aku kini telah menjadi seorang pengawas...Aku telah dipilih oleh cikgu Shafarizam untuk diamanahkan menjadi seorang pengawas yang boleh mematuhi peraturan sekolah dan membawa anak-anak didik SMK Seri Kenangan ke arah kebenaran dan mematuhi peraturan sekolah juga...Akhirnya,doaku kepada Yang Maha Pemakbul Doa untuk menjadi seorang pengawas di sekolah termakbul jua...Aku telah berdoa kepada-Nya sejak daripada aku tingkatan satu lagi...Alhamdulillahirabbil alamin...Kali ini,insyaAllah,aku akan menjalankan amanah yang diamanahkan oleh sekolah untuk memimpin pelajar-pelajar sekolah SMKSK mematuhi peraturan sekolah dan juga 'peraturan-Nya'...Mungkin ketika aku sedang menjalankan tugas,kebanyakan pelajar akan membenciku...Disebabkan aku telah menjadi 'barwa' sekolah...Aku tidak kisah jika diejek,dicaci mahupun dipulau...Aku hanya menjalankan amanah yang dibawa...Lagipun,bukankah tanda-tanda umat akhir zaman itu ialah orang yang beriman dipandang rendah dan orang yang...Yang ape ye???Yang dikira perosak la...Dipandang tinggi...Inilah tanda-tanda kecil kiamat...Allah telah takdirkannya begitu sejak daripada dahulu lagi...Pada semestar 2 ini,aku ingin berubah...Aku ingin menjadi baik,disayangi,dihormati dan dikasihi...Aku ingin menjadi orang yang berdakwah di jalan-Nya...Orang yang mengikuti prinsip amal ma'ruf nahi munkar...InsyaAllah...Semoga doaku termakbul...Amin...

Rabu, 17 Mac 2010

Keputusan Peperiksaan PK 1

Wah...Akhirnya...Debaran menghadapi peperiksaan PK 1 dah pun tamat...Saya dah bebas sedikit untuk bermain-main di sekolah dan di asrama semula...Time dah nak dekat periksa,serius lain macam...Dah habis...Baru la lega sikit...Gred PK 1 pulak saya telah mendapat 4A 4B...Sedih...Teruk sangat...Sama dengan gred masa form 1 tahun lepas...Time mula-mula,4A 4B...Then,menurun,menurun dan menurun...Smpai la akhir tahun...Dapat 5A 3B...Baru la lega sikit...Sikit je..Tak banyak...Tak tau la PK 2 nanti macammana...Menurun atau meningkat...InsyaAllah saya akan tingkatkan usaha supaya meningkat...Hmmm...OK la...Tu je...